Tuesday, April 29, 2008

Menyimpan data penting PC

Data penting seperti dokumen, foto, maklumat kewangan dan lain-lain lagi mungkin “ menghuni” pemacu keras anda. Sekiranya ia hilang, maka tentunya ia sukar diganti atau dihasilkan semula. Menerusi penggunaan perisisan pengimejan cakera, anda mampu mengurangkan risiko tadi dengan membuat simpanan data dalam bentuk fail imej dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Perisisan ini mampu membuat salainan atau imej pemacu keras PC. Oleh itu, anda boleh menggunakan fail imej tersebut untuk mengembalikan data tersebut.

Menjimatkan wang dan masa

Sesetengah pengguna mungkin tidak sedar bahawa proses pengimejan cakera boleh memudahkan lagi tugas mereka. Sebagai contoh, pengguna boleh menangani sendiri PC yang bermasalah. Dengan ini mereka tidak per meminta pertolongan atau sokongan teknikal atau terpaksa mengupah juru teknik untuk melakukan tugas tersebut. dengan mempelajari sendiri cara menggunakan perisian pengimejan cakera, anda boleh menjimat masa, wang, dan kesulitan yang tidak wajar dihadapi. Pc akan lebih terkawal seperti yang sepatutnya.

Thursday, April 10, 2008

PC di tempat kerja

Ancaman seperti virus, cecacing, Trojan, spyware dan pelbagai ancaman lain mempunyai potensi untuk menjejaskan atau melemahkan PC. ancaman ini bukan sahaja melibatkan PC perniagaan, malah PC di rumah juga turut terancam. Keselamatan data penting dalam PC tersebut pasti terancam jika ia rosak atau boleh dipindahkan keluar tanpa diketahui.

Bagaimanapun ancaman tersebut masih boleh ditangani. Apa yang penting anda bersedia mengambil langkah berjaga-jaga. Pastikan data penting disimpan ke dalam storan atau media lain setiap hari. Kemudian anda perlu membuat proses pengimejan cakera dari semasa ke semasa. Anda juga harus ingat bahawa PC juga boleh lembab kerana registry menjadi serabut. Alternatif yang lebih selamat adalah dengan cara membersihkan registery itu agar dapat mengembalikan imej pemacu keras PC anda.

Wednesday, April 9, 2008

Pengimejan cakera PC rumah

Pc di rumah terdedah kepada beberapa perkara, antaranya terdapat kanak-kanak yang berminat untuk mengubah sesuatu dalam PC. Ada antara mereka yang sering melayari web, bermain game, mahupun memeindahkan fail. Pelayaran web contohnya mampu mengumpul banyak ‘bahan sampah’. Bahkan ada antara mereka yang mengubah beberapa ketetapan PC seperti menyemakkan bahagian desktop dengan kon tidak perlu, menukar latar skrin dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak yang lebih mahir mungkin segaja mengganggu konfigurasi program tertentu seperti firewall, anti virus atau perisisan keselamatan lain. Kesannya anda terpaksa membuang dan memasang semula perisisan terlibat agar PC itu dapat berfungsi dengan baik. Proses ini sebenarnya telah membuang masa anda. Tetapi masalah ini dapat di atasi sekiranya anda menggunakan perisian pengimejan cakera. Apabila PC anda menghadapi masalah nanti, anda dapat mengaktifkan fail imej yang dicipta, memulakan semula (restart) PC sebelum ia boleh digunakan seperti biasa.

Monday, April 7, 2008

Pengimejan Cakera

Sekiranya anda mempunyai PC sendiri samada di pejabat atau di rumah, anda perlulah memastikan PC itu sentiasa dapat digunakan. Di samping itu, anda perlu memastikan data-data penting atau maklumat di dalamnya selamat. Semua ini dapat dilakukan melalui beberapa langkah proaktif seperti menggunakan perisian peimejan cakera yang efektif. Melalui perisian ini, anda bukan sahaja dapat mengembalikan (restore) partition pemacu yang bermasalah, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai perisian penyimpanan (backup) data dalam sistem.
Jadi, bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perisisan ini, pastikan anda terus bersama saya. Sekian…

Sunday, April 6, 2008

Manchester terlepas peluang

Nampaknya perebutan juara liga perdana Inggeris masih lagi berlarutan. 3 kelab utama iaitu Manchester United, Chelsea dan Arsenal masing-masing masih berpeluang untuk bergelar juara.
Dengan keputusan seri 1-1 antara pendahulu liga, Manchester United dengan Middlesbrough, menyaksikan Chelsea hanya ketinggalan 3 mata. Dengan berbaki dalam 5 perlawanan lagi, mampukah Manchester United mempertahankan kejuaraan liga. Dengan mengharapkan pemain sayap berbisa pada musim ini, Cristiano Ronalado yang menjadi pemain tengah paling banyak menjaringkan gol untuk satu musim, tampak memberikan kemenangan kepada United setelah berjaya menjaringkan gol awal. Tetapi pembelian termahal Boro, Alonso Alves telah berjaya memadamkan jaringan Ronaldo apabila menjaringkan kedua-dua gol pada setiap babak untuk memberikan Boro mendahului 2-1. United yang nampak kehilangan punca dengan ketiadaan pertahanan kental, Vidic, dan kehilangan Ferdinand pada masa permainan kerana kecederaan, manyaksikan United terpaksa meletakkan Hargraves di bek kanan. Pemain gantian, Park ji sung berjaya melakukan hantaran lintang pendek yang berjaya disudahkan oleh Rooney untuk memberikan gol penyamaan. United bernasib baik kerana percubaan pemain Boro, Tuncay di babak akhir perlawanan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol berpengalaman Manchester, Van Der Sar.

Thursday, April 3, 2008

sapa lebih hebat.

arsenal akan bertemu dengan liverpool bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam liga perdana inggeris. Penyerang manakah yang lebih hebat, adebayor atau torres. Beberapa hari lalu, arsenal terikat 1-1 di satdium emirates dalam liga juara-juara eropah. Adaka liverpool hanya bernasim baik pada perlawanan itu, semuanya akan terjawab pada malam esok. jadi kepada peminat fanatik liverpool atau arsenal, sama-samalah menyaksikan kehebatan pasukan masing-masing.