Thursday, April 10, 2008

PC di tempat kerja

Ancaman seperti virus, cecacing, Trojan, spyware dan pelbagai ancaman lain mempunyai potensi untuk menjejaskan atau melemahkan PC. ancaman ini bukan sahaja melibatkan PC perniagaan, malah PC di rumah juga turut terancam. Keselamatan data penting dalam PC tersebut pasti terancam jika ia rosak atau boleh dipindahkan keluar tanpa diketahui.

Bagaimanapun ancaman tersebut masih boleh ditangani. Apa yang penting anda bersedia mengambil langkah berjaga-jaga. Pastikan data penting disimpan ke dalam storan atau media lain setiap hari. Kemudian anda perlu membuat proses pengimejan cakera dari semasa ke semasa. Anda juga harus ingat bahawa PC juga boleh lembab kerana registry menjadi serabut. Alternatif yang lebih selamat adalah dengan cara membersihkan registery itu agar dapat mengembalikan imej pemacu keras PC anda.