Tuesday, April 29, 2008

Menyimpan data penting PC

Data penting seperti dokumen, foto, maklumat kewangan dan lain-lain lagi mungkin “ menghuni” pemacu keras anda. Sekiranya ia hilang, maka tentunya ia sukar diganti atau dihasilkan semula. Menerusi penggunaan perisisan pengimejan cakera, anda mampu mengurangkan risiko tadi dengan membuat simpanan data dalam bentuk fail imej dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Perisisan ini mampu membuat salainan atau imej pemacu keras PC. Oleh itu, anda boleh menggunakan fail imej tersebut untuk mengembalikan data tersebut.

Menjimatkan wang dan masa

Sesetengah pengguna mungkin tidak sedar bahawa proses pengimejan cakera boleh memudahkan lagi tugas mereka. Sebagai contoh, pengguna boleh menangani sendiri PC yang bermasalah. Dengan ini mereka tidak per meminta pertolongan atau sokongan teknikal atau terpaksa mengupah juru teknik untuk melakukan tugas tersebut. dengan mempelajari sendiri cara menggunakan perisian pengimejan cakera, anda boleh menjimat masa, wang, dan kesulitan yang tidak wajar dihadapi. Pc akan lebih terkawal seperti yang sepatutnya.