Sunday, April 6, 2008

Manchester terlepas peluang

Nampaknya perebutan juara liga perdana Inggeris masih lagi berlarutan. 3 kelab utama iaitu Manchester United, Chelsea dan Arsenal masing-masing masih berpeluang untuk bergelar juara.
Dengan keputusan seri 1-1 antara pendahulu liga, Manchester United dengan Middlesbrough, menyaksikan Chelsea hanya ketinggalan 3 mata. Dengan berbaki dalam 5 perlawanan lagi, mampukah Manchester United mempertahankan kejuaraan liga. Dengan mengharapkan pemain sayap berbisa pada musim ini, Cristiano Ronalado yang menjadi pemain tengah paling banyak menjaringkan gol untuk satu musim, tampak memberikan kemenangan kepada United setelah berjaya menjaringkan gol awal. Tetapi pembelian termahal Boro, Alonso Alves telah berjaya memadamkan jaringan Ronaldo apabila menjaringkan kedua-dua gol pada setiap babak untuk memberikan Boro mendahului 2-1. United yang nampak kehilangan punca dengan ketiadaan pertahanan kental, Vidic, dan kehilangan Ferdinand pada masa permainan kerana kecederaan, manyaksikan United terpaksa meletakkan Hargraves di bek kanan. Pemain gantian, Park ji sung berjaya melakukan hantaran lintang pendek yang berjaya disudahkan oleh Rooney untuk memberikan gol penyamaan. United bernasib baik kerana percubaan pemain Boro, Tuncay di babak akhir perlawanan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol berpengalaman Manchester, Van Der Sar.

No comments: