Wednesday, April 9, 2008

Pengimejan cakera PC rumah

Pc di rumah terdedah kepada beberapa perkara, antaranya terdapat kanak-kanak yang berminat untuk mengubah sesuatu dalam PC. Ada antara mereka yang sering melayari web, bermain game, mahupun memeindahkan fail. Pelayaran web contohnya mampu mengumpul banyak ‘bahan sampah’. Bahkan ada antara mereka yang mengubah beberapa ketetapan PC seperti menyemakkan bahagian desktop dengan kon tidak perlu, menukar latar skrin dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak yang lebih mahir mungkin segaja mengganggu konfigurasi program tertentu seperti firewall, anti virus atau perisisan keselamatan lain. Kesannya anda terpaksa membuang dan memasang semula perisisan terlibat agar PC itu dapat berfungsi dengan baik. Proses ini sebenarnya telah membuang masa anda. Tetapi masalah ini dapat di atasi sekiranya anda menggunakan perisian pengimejan cakera. Apabila PC anda menghadapi masalah nanti, anda dapat mengaktifkan fail imej yang dicipta, memulakan semula (restart) PC sebelum ia boleh digunakan seperti biasa.

No comments: